INFO

16559267_1447360965287904_1316655111_n


Carbon VS Aluminium

Salah satu pertimbangan utama apabila membeli basikal baru adalah bahan bingkai (rangka) . Dua daripada bahan bingkai yang paling biasa ialah aluminium dan gentian karbon. Untuk tujuan profesional memahami kebaikan dan keburukan setiap bahan akan membantu pengguna membuat keputusan yang sewajarnya ke atas pembelian basikal, juga bersesuaian dengan bajet yang ada.

Berat

Secara amnya, bingkai gentian karbon adalah lebih ringan daripada bingkai aluminium. Material bingkai akhirnya akan menentukan berat basikal. Bingkai aluminium sasa ringan dan berat lebih kurang sama dengan satu rangka karbon kualiti murah. Dalam usaha untuk mewujudkan kerangka ringan, ketebalan tiub diubah sepanjang tiub rangka basikal. Tiub akan menjadi lebih tebal di kawasan-kawasan yang di bawah tekanan berat dan nipis dikawasan yang kurang impak.

Hayat Rangka

Bingkai aluminium mempunyai jangka hayat tahan yang singkat biasanya lima hingga 10 tahun tetapi sesetengah pengeluar menawarkan jaminan seumur hidup pada bingkai aluminium mereka. Sebaliknya, karbon mempunyai jangka hayat yang paling lama, kebanyakan pengeluar memberi jaminan seumur hidup pada bingkai jenis karbon.

Keselesaan

Bingkai aluminium  membolehkan pemindahan tenaga dengan kayuhan optimum , yang membuat sesuatu bingkai aluminium pilihan yang hebat untuk pecutan dan ujian masa. Walau bagaimanapun, rangka jenis kaku  ini boleh menjadi amat tidak selesa pada jarak tunggangan lama. Ciri-ciri  kekurangan aluminium ialah memindahkan tenaga gegaran diatas jalan secara langsung kepada penunggang  berbanding jenis karbon yang bertindak memberi keselesaan kepada penunggang dengan rasa amat kurang gegaran pada basikal diatas jalan. Menambah alat ganti material jenis karbon contohnya menukar fork jenis karbon, handle karbon atau setam karbon boleh membantu mengurangkan gegaran diatas jalan dan meningkatkan keselesaan ketika menunggang basikal berangka jenis aluminium.

Bajet

Diantara kedua-dua bahan, aluminium adalah yang paling murah diantaranya mencecah harga antara RM800 – RM3000. Walau bagaimanapun, disebabkan teknologi yang begitu pantas, bingkai karbon menjadi lebih berpatutan, sama harga dengan aluminium dan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Anda  perlu  memilih rangka yang paling sesuai dengan keperluan anda dan mengikut bajet semasa anda. Bingkai aluminium adalah pilihan yang baik untuk pelumba pada bajet sederhana yang mahu prestasi optimum. Bingkai karbon adalah sesuai bagi mereka yang mencari keselesaan mengayuh atau mereka yang mencari prestasi yang optimum terbaik. Tunggang kedua-dua jenis basikal dari bahan aluminium dan karbon sebelum membeli untuk menentukan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Downhill VS Cross Country(XC)

Basikal merentas desa (Cross Country-XC) adalah sebahagian daripada basikal gunung yang paling ringan, biasanya berat di antara 7 dan 16 kilogram (15 dan 35 lb). Basikal jenis ini biasanya mempunyai penyerap hentakan (Suspension Fork) penggantungan di hadapan dan kadang-kadang mempunyai penggantungan di belakang (Rear Suspension). Manakala Basikal Downhill menpunyai kerangka lebih besar menegak ke depan, suspensi penuh depan dan belakang serta berat lazimnya lebih 34 lbs (14 kg). Beberapa keluaran baru (2014/5) basikal turun bukit telah dibina untuk berat bawah 30 lb (14 kg), seperti Trek Session 9.9 dan Kona Supreme Operator.

Kebiasaannya penunggang XC Hanya memakai topi keledar sebagai alat keselamatan utama untuk merentas desa, manakala penunggang downhill memakai topi keledar muka penuh (Downhill Helmet) dan memakai perisai penuh pada badan (Perotective  Short). Menunggang merentas desa lebih selamat dan keadaan jalan yang tidaklah berbukit dan berakar seperti laluan penunggang basikal downhill, risiko kecederaan juga untuk penunggang XC tidak seteruk penunggang Downhill.

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Menampal Tiub

This slideshow requires JavaScript.

PERHATIAN :
Penampal tiub basikal kebiasaannya hanya bertahan sementara sahaja, kerana angin ditempat bocor akan keluar sedikit demi sedikit. Oleh itu menukar tiub baru adalah lebih baik bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kedai membaiki basikal.

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Dua jenis freewheel speed

freewheel-vs-k7sm

——————————————————————————————————————————————————————–

 

HH-IV-9-Picture-2-SignalsDaripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Jenis Headset Biasa

Headset Bebenang (Threaded)

282px-Bicycle_headset_exploded_view-en

Headset Tanpa Bebenang (Threadless)

282px-Bicycle_headset_(threadless)_exploded_view-en

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Info Ringkas

Menukar Pad Brek Cakera

Bagaimana untuk menggantikan pad brek basikal yang telah haus ?

Langkah 1

Putuskan sambungan kabel brek dari pendakap brek (Hanya untuk brek jenis mekanikal bukan hidraulik).

Langkah 2

Buang pin (bentuk dawai) atau skru dengan pelayar atau gunakan allenkey bagi jenis skru dan tarik brek pad lama keluar bersama pendakap pad brek.

DS

Langkah 3

Pasangkan pad brek baru pada keadaan asal seperti sebelum dibuka. Pastikan pin dipasang dengan kemas dan kedudukan pad brek berada dalam keadaan betul .

Tips dan Amaran

Cartridge pad brek adalah yang paling mudah untuk dipasang, dan tidak memerlukan apa-apa pelarasan. Jika basikal anda mempunyai mekanisme yang berbeza brek daripada ini, pertimbangkan untuk membawa basikal kepada mekanik yang berpengalaman sebagai mengelakkan kerosakan pada brek apabila tersilap langkah memasang.

Lihat video disini

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Asas Bacaan Meter Basikal

cat-eye-velo-wireless-computer

Lihat video disini

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Memasang Pedal

Sepasang Pedal (Pengayuh) adalah berbeza bebenang (Threads) iaitu terdapat kiri dan kanan, untuk mengetahui perbezaannya dapat dilihat dibahagian kepala pedal iaitu terdapat tulisan R bagi Right dan L bagi Left. Pasang kedua-dua pedal tersebut dibahagian arah yang betul supaya tidak menyebabkan threads menjadi loose, untuk pedal disebelah kanan ketatkan mengikut arah jam dan pedal disebelah kiri pula ketatkan mengikut arah lawan jam.

Biasanya terdapat simbol untuk menunjukkan perbezaan kiri dan kanan pedal

Lihat video disini

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

gear395

Fixie atau Fixed Gear (Gear mati/tetap) sesetenggahnya tidak menggunakan sistem brek pada roda tetapi menggunakan gear roda mati sebagai alternatif untuk menghentikan rodanya yang berputar. Sistem ini juga diguna pakai di trek perlumbaan basikal

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Mekanik Basikal

home100308_3_560

Mekanik basikal atau pakar teknikal basikal merupakan mereka yang mampu melakukan kerja pembaikan dan pemasangan komponen basikal serta menambah pengetahuan atau latihan tentang perkembangan dunia basikal. Mekanik basikal boleh bekerja dan juga boleh memiliki kedai besar profesional sehingga kepada kedai basikal tempatan kecil; pasukan lumba basikal, atau pengilang basikal.

Kemahiran dan latihan

Kemahiran terbabit dengan mengekalkan basikal lumba dan basikal khusus yang lain pastinya melampaui garis asas yang disenaraikan dalam “ringkasan pekerjaan” di New York. Pendidikan terkenal yang menawarkan latihan lanjut bagi mekanik basikal termasuk Institut Basikal United (“United Bicycle Institute” Ashland, Oregon dan Institut Basikal Barnett (“Barnett Bicycle Institute”) di Colorado Springs. The Park Tool Co., pengeluar perkakasan mekanik basikal yang terkenal, memiliki program latihan outreach yang dikenali sebagai Park Tool School yang terdapat di kebanyakan kedai basikal tempatan, diajar oleh kakitangan kedai basikal tempatan dengan bantuan bahan latihan dan buku pandual dari Park Tool.

Satu jalan biasa bagi memasuki perniagaan ini adalah dengan bermula sebagai pemasang basikal di kedai basikal tempatan. Kerja ini mungkin  bermula dengan hanya memasang bahagian komponen asas dari kilang (memasang tayar dan pemegang) kepada pembinaan lebih lanjut di mana kesemua sistem disuaikan ke tahap kualiti tertentu. Jenis pembabitan dalam pemasangan basikal adalah berbeza-beza.

Antara kilang basikal terkenal di dunia :-

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–


BB Sealbearing

Jika hub pengayuh (Bottom Bracket) basikal anda dari jenis seperti dlm gambar yg bernombor 42, 43, 44, 48, 49, 50 dan 51, boleh dinaiktaraf kepada hub jenis sealbearing seperti pada gambar 45, 46 dan 47..ia melancarkan lagi kayuhan dan bearing tidak mudah rosak =)

Daripada:

baca

Penyerap Hentakan (Suspension Fork)

Pada kebanyakan basikal gunung, Fork mengandungi satu set penyerap hentakan (Suspension), di mana kedua bilah Tiub Fork berada didalam tiub teleskop yang dipanggil “kaki” Fork. Setiap Fork menpunyai ciri-ciri pengendalian berbeza-beza mengikut keadaan laluan. Sebagai contoh, pengeluar menghasilkan Fork untuk cross-country (XC), menuruni bukit (Downhill), dan menunggang kesemua laluan (freeride). Fork yang direka untuk perlumbaan XC adalah biasanya lebih ringan, kurang mantap dan mempunyai ukuran penyerap hentakan (Travel) yang kurang daripada jenis Fork yang direka untuk keadaan permukaan bumi yang kasar, tinggi dan banyak lagi keadaan laluan lasak.

Pembuat terkenal Fork Penyerap Hentakan ialah Cannondale, Fox, Manitou, MARZOCCHI, SR Suntour dan RockShox.

Rekaan Fork Penyerap hentakan telah maju dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan rekaannya menjadi semakin canggih dan pelbagai dalam reka bentuk. Ukuran penyerap hentakan yang ada telah meningkat dari masa ke masa. Apabila Fork penyerap hentakan telah diperkenalkan, 80-100 mm ukuran penyerap hentakan dianggap mencukupi untuk basikal gunung jenis turun bukit (downhill). Sekarang jumlah 80-100mm ukuran penyerap hentakan telah digunakan dalam XC, manakala untuk jenis turun bukit kini menawarkan 150 hingga 200 mm ukuran penyerap hentakan bagi mengendali kawasan yang melampau laluannya. Namun had ukurannya bukan sahaja sehingga 200mm tetapi masih ada yang lebih tinggi; sebagai contoh, MARZOCCHI Super Monster T menawarkan 300 mm (12 inci) Travel atau ukuran penyerap hentakan.

Daripada pinkbike.com

Marzocchi Super Monster T – Daripada pinkbike.com

Daripada:

——————————————————————————————————————————————————————–

Asal Basikal Lipat

Itali Bersaglieri semasa Perang Dunia I dengan basikal lipat yang diikat di belakang mereka. Tahun 1917

Kepentingan basikal dalam misi ketenteraan timbul pada tahun 1890-an,Tentera Perancis dan beberapa tentera lain telah dikerahkan menggunakan basikal lipat untuk kegunaan infantri.Pada tahun 1900, Mikael Pedersen telah membangunkan versi basikal lipat bernama Pedersen. Ia digunakan oleh Tentera British ketika Perang Boer Kedua, beratnya lebih kurang 15 kg, dilengkapi beg senapang dan mempunyai roda bersaiz 24 inci.

Basikal Lipat BSA Airborne British telah digunakan dari 1939-1945 dalam Perang Dunia Kedua oleh pasukan payung British. Basikal lipat ini telah dicipta kerana saiz yang kecil dan mudah diangkut diperlukan untuk membolehkan tentera melakukan terjunan menggunakan payung dari kapal terbang. Basikal Lipat telah digunakan oleh pasukan payung British pada pendaratan D-Day dan pada Pertempuran Arnhem. Ciri utamanya ialah dapat berubah saiz dengan ciri-ciri lipatan termasuk wingnuts dan engsel untuk lipatan bingkai rangka, wingnut untuk mengubah hendal dan juga melipat pedal.

Daripada:

————————————————————————————————————————————————————–

Mengukur Fizikal dengan Ketinggian Basikal

Kadang-kadang faktor kesesuaian ketinggian sesebuah basikal dengan kita memainkan peranan penting, agar kayuhan menjadi lebih selesa.

Mengambil contoh saiz rangka basikal MTB normal di Malaysia yang kebanyakkannya bersaiz antara 15″ hingga 17″, biasanya rangka basikal bersaiz 17″ bagi lelaki dan 15″ bagi wanita yang menjadi pilihan.

Apa-apa pun jom kita kira-kira ukurannya, klik gambar dibawah:-

sizebody

Daripada:

————————————————————————————————————————————————————–

GEAR BASIKAL

Sesebuah basikal juga memerlukan satu sistem transmisi bagi memindahkan kuasa daripada punca kuasa (kaki manusia) kepada roda, sebagaimana kenderaan lain seperti kereta, motosikal, lori dan bas. Sistem gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal moden, bermula daripada terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19.

Sepintas lalu

Sebelum terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19, basikal penny-farthing dengan roda hadapan yang besar menjadi popular. Tangkai engkol kaki basikal berkenaan terletak terus di bahagian roda hadapan dan saiz roda hadapan menjadi penentu utama kelajuan maksimum basikal berkenaan.

Sungguhpun demikian, saiz roda yang terlalu besar menjadikan basikal sedemikian agak berbahaya serta sukar ditunggang oleh penunggang yang bertubuh kerdil. Oleh demikian, basikal keselamatan dicipta pada tahun 1885 dan basikal tersebut adalah basikal pertama yang menggunakan pacuan rantai dan gegancu. Sejak itu, basikal keselamatan mula menjadi piawaian kepada reka bentuk basikal moden.

Ramai orang menganggap gegancu basikal sebagai “gear” walaupun istilah sedemikian sebenarnya kurang tepat, oleh yang demikian nisbah gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal. Namun demikian, tidak semua basikal yang menggunakan pacuan rantai; terdapat juga basikal yang menggunakan pacuan aci dan gear.

JENIS TRANSMISI

1. Gegancu tetap

Basikal BMX serta basikal lumba trek bergegancu tetap hanya mempunyai satu nisbah gear sahaja, iaitu pacuan lebih (kurang gerakan kaki diperlukan untuk kelajuan yang lebih tinggi). Dengan itu, penunggang dapat menunggang dengan pantas di jalan raya yang rata serta apabila menuruni bukit dengan hanya memerlukan daya kilasan yang sama seperti daya yang diperlukan oleh pejalan kaki biasa. Namun demikian, penunggang akan menghadapi kesukaran untuk mendaki bukit memandangkan daya kilasan yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada daya yang diperlukan oleh seorang pejalan kaki biasa. Oleh itu, sistem gear basikal boleh ubah direka bagi semua keadaan jalan.

2. Gear penggelungsur

Kebanyakan basikal lumba serta basikal mendaki bukit menggunakan gear penggelungsur untuk membolehkan basikal digunakan di semua keadaan jalan sama ada rata, mendaki bukit atau menuruni bukit. Terdapat dua set gegancu berlainan saiz bagi menyediakan nisbah gear yang berbeza dan dikendalikan oleh dua set tuas tangan. Penggelungsur akan menggerakkan rantai sehingga tergelincir ke gegancu pilihan. Penegang rantai turut digunakan dalam sistem ini bagi membolehkan penukaran gear tetapi dalam masa yang sama memastikan tegangan rantai yang betul.

3. Gear hab

Gear hab menggunakan satu set gear planetari kecil yang serupa seperti yang digunakan dalam transmisi automatik bagi menyediakan beberapa nisbah gear yang sesuai, teletak pada satu hab kecil pada roda belakang.

Sumber:

Daripada:

BERBASIKAL

%d bloggers like this: